:: A LEGACY OF LOVE ::

a legacy of love ...
we hope the worse won't happen..but sometimes it does.. Don't wait until it's too late. Now is right time to learn how life insurance can help you leave a legacy of love for your family. PROTECT THE ONES U LOVE WITH LIFE INSURANCE

SARA 0193397871


Monday 9 May 2011

SUDAHKAH KITA MEMBUAT PERSEDIAAN PENDIDIKAN ANAK²?

Bagi ibu bapa yang sentiasa berfikir jauh ke depan, mereka pastinya mengambil berat soal pembiayaan pendidikan tinggi untuk anak-anak.

Isu ini lebih menjadi perhatian apabila melihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan sekarang.
Boleh dikatakan, setiap perkara memerlukan wang dan bermacam-macam kos dalam kehidupan harian kian meningkat sedangkan bantuan atau subsidi makin berkurangan.

Memikirkan bagaimana jika kos pengajian anak-anak harus ditanggung sendiri kerana tiada lagi pinjaman yang boleh diberi pihak terbabit, ramai ibu bapa mula didedahkan dengan tabungan berbentuk insurans atau pelan pendidikan.

“Mungkin kita akan rasa sedikit bebanan untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk suatu ‘keuntungan’ yang tidak dapat kita lihat dalam jangka masa singkat.
Tetapi apabila memikirkan ia adalah suatu tanggungjawab, kita boleh melaksanakannya.

“Untuk anak-anak kita nanti, sama ada mereka cemerlang ataupun tidak dalam pelajaran, mereka masih mempunyai peluang untuk menyambung pengajian di universiti dengan adanya pelan pendidikan yang kita sediakan sejak mereka kecil lagi.

Adalah menjadi suatu kebanggaan ibu bapa apabila anak mereka menjejakkan kaki ke Menara Gading di dalam apatah lagi di luar negara. Pada hari ini, sudah menjadi satu tiket bagi setiap orang yang ingin mengecap kejayaan dalam kerjaya untuk memiliki sekeping ijazah yang membawa nama ‘ Diploma’ , ‘ Ijazah’, ‘ Master ‘ dan yang tertinggi PhD.
Dalam usaha mencapai impian tersebut, ibu bapa dengan tidak mengenal letih dan jemu, mendidik anak agar kuat belajar, menghantar mereka ke pusat tuisyen, dengan satu matlamat – MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SPM.

Alhamdullillah atas kurnian rezeki, anak anda berjaya mencapai keputusan yang cemerlang 10A dalam SPM. Matlamat seterusnya adalah mula membuat permohonan untuk kemasukan universiti sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.
Perlu diingatkan suatu perkara – memohon kemasukan ke universiti boleh dilakukan oleh setiap bakal pelajar yang cemerlang, tetapi suatu faktor penting yang membataskan usaha tersebut iaitu – KOS PENDIDIKAN UNIVERSITI.

HAMPIR SEMUA penuntut yang memasuki IPTA hari ini, adalah dibiayai oleh wang dari :
i – Pinjaman Pendidikan dari PTPTN, JPA, MARA, Tajaan NEGERI,
ii – Tajaan Kerajaan, Biasiswa

pp
Untuk pengetahuan semua, bilangan pelajar yang mendapat tajaan Kerajaan untuk menuntut di luar negara adalah berjumlah 2,000 orang sahaja. Selebihnya, mereka mendapat tajaan biasiswa untuk menuntut di IPTA dalam negara. Jumlah kuotanya pun bukanlah tinggi. Ini jelas menampakkan PERSAINGAN yang teramat sengit di kalangan pelajar cemerlang. Baru – baru ini di sidang Parlimen, mereka mengumumkan kuota untuk non – bumi dinaikkan pada tahap 45%. Tinggal 55% untuk anak – anak Melayu merebut peluang ini.

Bagaimana yang selebihnya? Mendapatkan Pinjaman Pendidikan dari badan – badan di atas. Pada hari ini, kebanyakan siswa IPT Awam, meminjam RM40,000 – 45,000 untuk tempoh pengajian 4 – 5 tahun. Untuk IPT Swasta ( Petronas/Uniten ), mereka meminjam lebih dari RM 60,000 untuk tempoh pengajian yang sama.

Kos Pendidikan 20 tahun akan datang
Dengan mengambil inflasi 4% setahun untuk kos pendidikan, jika pada hari ini siswa meminjam RM40,000, 20 tahun akan datang mereka terpaksa meminjam RM80,000 untuk tempoh pengajian yang sama. Jumlah ini termasuk yuran universiti dan kos sara hidup untuk tempoh 4 – 5 tahun pengajian.

 

 

No comments:

Post a Comment