:: A LEGACY OF LOVE ::

a legacy of love ...
we hope the worse won't happen..but sometimes it does.. Don't wait until it's too late. Now is right time to learn how life insurance can help you leave a legacy of love for your family. PROTECT THE ONES U LOVE WITH LIFE INSURANCE

SARA 0193397871


Sunday 24 April 2011

BERHUTANG DEMI RAWATAN ANAK.

Disini saya ingin kongsikan bersama artikel mengenai penderitaan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah,seremban...
cuba kita renungkan


Rayu bantuan rawat anak leukemia

Berhutang demi rawatan anak
Sinar Harian 20 April 2010

SEREMBAN – Kos rawatan mencecah RM70,000 menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah, di sini mungkin terpaksa melupakan impian untuk sembuh daripada leukemia.

G Logaarvind atau nama Islamnya, Amir Omar, 15, disahkan mengidap Pre-B Acute Lymphoblastic Leukaemia (caLLA Positive) sejak Julai tahun lalu.

Amir yang kini menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM) terpaksa bergantung hidup dengan ubat.

Lebih memilukan, keluarganya tidak mampu menjelaskan kos rawatan berjumlah RM20,000.

Bagaimanapun, keluarga remaja malang itu memerlukan bantuan kewangan keseluruhan mencecah RM70,000 untuk membiayai proses menjalani pemindahan sum-sum tulang dan rawatan ‘total body irradiation’ bagi memulihkan Amir.

Bapa Amir, Omar Abdullah, 46, berkata, doktor menasihatkan supaya proses pemindahan sum-sum tulang dilakukan segera.

Menurutnya, dengan gajinya kira-kira RM700 sebulan, dia tidak mampu menampung pembayaran keseluruhan rawatan.

“Saya hanya bekerja sebagai buruh am dan isteri yang sebelum ini berniaga nasi lemak terpaksa berhenti bagi menjaga dan memberi sokongan kepada anak saya yang masih menjalani rawatan kemoterapi secara jangka panjang di PPUKM,” katanya.

Beliau berkata, dia ada menerima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) sebanyak RM250 sebulan dan Baitulmal, bagaimanapun jumlah diterima itu masih tidak mencukupi bagi menampung pembayaran kos proses pemindahan sum-sum tulang anaknya.

“Saya terpaksa berhutang dengan pihak hospital bagi memastikan rawatan terus dijalankan ke atas anak saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media, di sini semalam.

Menurut bapa itu, anaknya mula menunjukkan tanda-tanda demam berpanjangan sejak Mei lalu selepas mengalami terjatuh ketika bermain bola.

“Apabila anak saya diperiksa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, doktor mengesahkan dia menghidap penyakit itu.

“Selepas itu, anak saya terus dibawa ke PPUKM bagi menjalani rawatan kemoterapi di sana dan kini berharap ada pihak yang sudi membantu menyalurkan bantuan kewangan kepadanya supaya proses pemindahan sum-sum tulang dapat dilakukan segera,:” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Omar di nombor 016-6707194 atau 019-2906532.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7592792.asp

Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insurans.
Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri....

No comments:

Post a Comment