:: A LEGACY OF LOVE ::

a legacy of love ...
we hope the worse won't happen..but sometimes it does.. Don't wait until it's too late. Now is right time to learn how life insurance can help you leave a legacy of love for your family. PROTECT THE ONES U LOVE WITH LIFE INSURANCE

SARA 0193397871


Wednesday 20 April 2011

kenapa kita perlu insurans???



Seperti tajuk di atas, mengapakah kita semua AMAT memerlukan perlindungan insuran diri. Disini saya nyatakan serba sedikit mengenai betapa pentingnya kita untuk memiliki insuran. Insuran sebenarnya digunakan untuk merancang kewangan yang akan digunakan untuk menghadapi :



1. Sakit

2. Kemalangan

3. Hilang upaya kekal/lumpuh

4. Bekalan hari tua

5. Meninggal dunia



Untuk lebih detail, jom kita tengok huraian satu persatu agar kita faham dan sedar mengapa insurans penting dlm kehidupan kita…..



1. SAKIT

Sakit ni ada macam-macam jenis penyakit.dan ia tidak mengenal usia,jantinadan darjat.. Dalam merancang kewangan untuk sakit, perlu diberi lebih perhatian. Kebanyakan yang perlu diberi lebih perhatian adalah penyakit-penyakit kritikal. Penyakit-penyakit kritikal adalah seperti sakit jantung, stroke, buah pinggang dan sebagainya..tahukan anda dalam badan kita ada 36jenis penyakit?ada salah satu penyakit itu akan kita hidapi?



Tahukan saudara/i sekalian bahawa tidak semua penyakit kritikal boleh mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan. Sampai bila kerajaan kita mampu untuk menyalurkan subsidi kepada hospital awam kerana kos perbelanjaan untuk perubatan sekarang tersangatlah mahal. Sekarang ini, ramai yang telah bertukar untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta memandangkan 'waiting list' yang terlalu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital awam. Oleh itu, ramai yang terpaksa berhutang dengan kad kredit dan juga pinjaman peribadi untuk menjelaskan bil rawatan.

 
Punca utama kegagalan membayar balik pinjaman adalah disebabkan kos rawatan yang tinggi di hospital swasta. Renung-renungkanlah..


"...Baik sungguh kerajaan kita. Namun begitu, saya tidak tahu berapa lama lagi kerajaan akan menanggung kos tersebut. Di kebanyakan negara maju, kos perubatan tidak lagi ditanggung oleh kerajaan mereka. Mereka telah menetapkan setiap warganegara mereka untuk membeli insuran perubatan. Ini bermakna setiap warga perlu menanggung kos perubatan mereka sendiri. Sebenarnya negara kita juga ada perancangan ke arah itu."

- petikan daripada buku Dr. Ramli Tahir MD, KESIHATAN & KEWANGAN - Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenainya, Truewealth Publishing, Edisi Pertama Sep 2009, ms. 59-60

2. KEMALANGAN
Tidak kira kemalangan di tempat kerja, jalanraya, ataupun di rumah,adakah kita yakin bahawa kita 100% bebas daripada berlakunya kemalangan. Kos perubatan bagi rawatan untuk kemalangan adalah lebih kurang sama dengan sakit. Cuma perbezaan dari segi fisioterapi jika ada anggota badan yang patah ataupun lumpuh. Kos yang perlu ditanggung ketika rawatan antaranya :
  • Kos rawatan pesakit luar
  • Kos nak beli ubat-ubatan
  • Kos wad
  • Tiada pendapatan ketika rawatan (terutama peniaga)
Kesan daripada selepas berlakunya kemalangan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kos rawatan di hospital. Ini kerana kita akan mengalami :
  1. Kehilangan sumber pendapatan kerana sudah tidak mampu bekerja.
  2. Tunggakan hutang rumah, kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit, perabot dan sebagainya.
  3. Tidak mampu memberi nafkah iaitu perbelanjaan harian isi rumah dan juga yuran sekolah anak-anak.
Hari-hari ada sahaja kita dengar berlaku kemalangan di jalanraya. Apakah persediaan yang kita lakukan jika musibah berlaku ke atas diri kita? Apa akan jadi kepada anak dan juga keluarga kita? Bertindaklah sebelum segalanya sudah terlambat.

 3. HILANG UPAYA/CACAT KEKAL
Sebab yang ke-3 ini adalah amat mengerikan bagi sesiapa yang tidak memiliki insuran. Antara kos yang perlu diambil kira untuk menghadapi hilang upaya/lumpuh adalah (tidak termasuk kos rawatan di hospital) :
- Perbelanjaan untuk beli alat sara hidup lumpuh (kaki palsu, renovate rumah untuk disability friendly, etc)
- Kehilangan sumber pendapatan kerana sudah tidak mampu bekerja.
Impak daripada berlakunya hilang upaya teramatlah besar. kita sudah tidak boleh menjalani kehidupan seperti manusia biasa lagi. Yang tinggal hanyalah penyesalan kerana tiada lagi mana-mana syarikat insuran di dunia ini ingin menjual polisi mereka kepada orang yang sakit. Percayalah dengan ayat ini.. Insuran tidak boleh boleh dibeli hanya dengan wang ringgit, insuran hanya boleh dibeli dengan kesihatan.
4. BEKALAN/SIMPANAN DI HARI TUA
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang telah pencen/bersara masih bekerja. Realitinya kita masih dapat lihat golongan berusia emas ini masih bekerja sebagai pengawal keselamatan, RELA, driver teksi dan sebagainya. Bukan niat saya untuk menghina golongan ini, tetapi alangkah baiknya jika kita dapat menghabiskan sisa usia kita dengan beribadat kepada Allah. Tetapi selepas menghabiskan usia selama 30 tahun dengan kerja, dah bersara pun masih lagi perlu bekerja.

Ini semua dapat dielakkan dengan memiliki insuran berkait pelaburan. Biar lepas bersara, kita memiliki sejumlah puluhan malah ratusan ribu dalam akaun, cukup untuk kita menghabiskan usia-usia emas tanpa perlu bekerja. Dalam pada masa yang sama, tidak perlu memikirkan bil-bil rawatan hospital kerana telah memiliki kemudahan tersebut secara percuma.

5. MENINGGAL DUNIA
Masih ramai rakyat negara ini apabila meninggal dunia meninggalkan beban kepada waris yang masih hidup terutama hutang dan sara hidup. Antaranya ialah :
- Hutang rumah, kenderaan, dan sebagainya.
- Hutang lain-lain yang perlu disegerakan (saudara mara, kawan, dsb)
- Kos pengkebumian
- Kos di hospital
- Kos peguam untuk menguruskan pusaka
- Kos sewa rumah untuk waris (jika menyewa)
- Kos Yuran anak-anak di sekolah ataupun pengajian tinggi
- Kos perbelanjaan sara hidup untuk waris yang masih hidup

Tidakkah kita terfikir, mengapakah kita hendak meninggalkan beban kepada waris kita untuk menanggung segala yang kita lakukan ketika kita masih hidup? Marilah kita tanya pada diri sendiri.. apabila kita telah tiada, apa yang akan kita tinggalkan nanti.. Wang ataupun hutang..


SHARING IS CARING....


No comments:

Post a Comment