:: A LEGACY OF LOVE ::

a legacy of love ...
we hope the worse won't happen..but sometimes it does.. Don't wait until it's too late. Now is right time to learn how life insurance can help you leave a legacy of love for your family. PROTECT THE ONES U LOVE WITH LIFE INSURANCE

SARA 0193397871


Wednesday 20 April 2011

Introduction From Great Company

                                                

Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad telah bertapak lebih dari 100 tahun di Malaysia. Mempunyai pengalaman dan asas kewangan yang teguh, infrastruktur yang inovatif. Great Eastern merupakan syarikat insuran hayat yang tertua dan terbesar di Malaysia.

Great Eastern mula beroperasi pada tahun 1908 sebagai pejabat cawangan dari The Great Eastern Life Assurance Company Limited. Kemudian operasi di Malaysia telah diambil alih oleh badan korporat syarikat tempatan, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad di bawah Skim Transfer of Business. Syarikat telah disahkan oleh Malaysia Book of Records pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat insuran tertua dan terbesar di Malaysia dan terus memegang rekod sehingga hari ini.

Dengan lebih dari satu abad pengalaman dan asas kewangan yang kukuh, pada 31 Disember 2009 Great Eastern telah mencatatkan jumlah keseluruhan aset adalah bernilai lebih dari RM44 bilion. Memiliki ibu pejabat sendiri, 21 pejabat cawangan operasi di seluruh negara dan rangkaian seramai 17,000 ejen bagi memberi perkhidmatan lebih dari 2.8 juta pemegang polisi di seluruh negara.

Great Eastern adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Great Eastern Holdings Limited (GEH) dan syarikat induknya adalah Oversea-Chinese Banking Corporation Limited (OCBC).Great Eastern diberi lesen berdasarkan Undang-Undang Insuran dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam perniagaan melibatkan masyarakat orang perseorangan, Great Eastern terus memenuhi keperluan pelanggan syarikat yang berkaitan dengan perancangan kewangan, perlindungan dan juga simpanan. Generasi individu, keluarga dan perniagaan telah dan akan terus diyakinkan dengan keselamatan kewangan mereka dengan produk-produk syarikat seperti pelan insuran hayat, pelan berkait pelaburan, perlindungan harta gadaian, perlindungan perniagaan, faedah perlindungan pekerjaan, perlindungan perubatan dan skim perlindungan kesihatan berkelompok.

Hari ini, Great Eastern adalah sebuah organisasi yang dinamik dan sentiasa bergerak kehadapan, dikenali dengan kekuatan, keteguhan dan juga kepimpinan cemerlang. Great Eastern berada di landasan yang betul untuk menjadi pembekal perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia. Sebagai Syarikat yang merayakan ulang tahun ke-100 pada tahun 2008, kami hebat dalam pertumbuhan berterusan dengan tagline keramat,
                                                                              ‘Life Is Great’.



No comments:

Post a Comment